Apakah yang anda tahu dan faham mengenai pengurusan makmal sains dan sumber? Soalan ini ditujukan khas buat guru-guru Sains di Malaysia yang sedang membaca artikel ini, dan umumnya kepada anda yang sedang membaca artikel ini. Sila fikirkan sejenak tentang soalan tadi....Jika anda tahu serba sedikit mengenai pengurusan makmal sains dan sumber, kami ucapkan tahniah! Kepada yang masih kabur-kabur lagi, juga diucapkan syabas dan tahniah kerana anda telah memilih satu langkah yang sangat bijak dengan membaca artikel di blog kami ini. Kami akan berkongsi dengan anda tentang info-info berkaitan pengurusan makmal sains dan sumber. Jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan, kami memohon maaf dan cadangan serta respon anda semua amat dihargai dan dialu-alukan.
Apakah yang perlu anda tahu mengenai Pengurusan Makmal Sains dan Sumber? Berikut merupakan antara perkara-perkara yang sangat penting dalam pengurusan makmal sains:
- Pengurusan Makmal Sains
- Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia
- Peraturan dan Keselamatan Makmal
- Teknik Asas Makmal I & II
- Pengawetan Spesimen Biologi I & II
- Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains I, II, III & IV
- Penyediaan dan Pengubahsuaian Sumber Terpilih dan Pembentangan
Topik-topik di atas akan diterangkan dengan lebih jelas lagi pada entri-entri yang akan datang. Oleh itu, sila teruskan usaha anda untuk mencari ilmu dengan mengikuti perkembangan artikel-artikel dalam blog ini.
No comments:
Post a Comment