Semua haiwan mesti dipengsankan dahulu sebelum dibunuh agar ianya dapat diawet dalam keadaan yang sempurna. Formalin dan etil alkohol(etanol) adalah pengawet dan penetap yang paling umum digunakan.Formalin komersial biasanya diperolehi sebagai 40% larutan formaldehid. Semua pencairan fomalin adalah disediakan dari bahan komersial 40% ini.
Formalin mengeraskan tisu dan menghasilkan kerapuhan jika dibandingkan dengan alkohol . Walaubagaimanapun ia adalah pengawet yang sesuai untuk pengawetan sementara terutama sekali dengan haiwan vetebrata . Semua spesimen yang diawet dalam formalin lambat laun akan menjadi keras dan rapuh jika tidak dipindahkan dalam pengawet dalam alkohol. Jika ini perlu dilakukan spesimen-spesimen boleh terlebih dahulu dibasuh bagi menghilangkan baunya.
Formalin adalah tidak sesuai untuk haiwan yang mempunyai kerangka kerana larutan komersil ini biasanya adalah berasid dan akan melembutkan bahagian rangka (calcareous) . Hal ini dapat diatasi dengan menuetralkan formalin tersebut. Formalin dapat mengawet warna spesimen-spesimen lebih lama lagi jika dibandingkan dengan alkohol sungguhpun memang diketahui tidak ada satu pun bahan pengawet yang dapat mengekalkan warna asal spesimen sampai bila-bila.
CONTOH PENGAWETAN BASAH (IKAN)
PENGAWETAN SPESIMEN IKAN
Suatu perkara yang perlu diperhatikan untuk pengawetan ikan ialah mengusahakan agar ikan tetap baik seperti keadaan sebelum diawetkan. Keadaan sisik-sisik dan sirip perlulah kelihatan seperti sedia kala serta badan ikan itu sendiri tidak berbengkak atau berkerut. Warna ikan juga dapat dikekalkan seperti keadaan sedia kala.
Berikut ini adalah kaedah pengawetan ikan:
1) Ikan yang akan diawetkan sebaiknya telah mati tapi masih segar, atau jika ikan yang akan digunakan masih hidup kita dapat bius dengan perendaman dengan air ais.
2) Sebelum dimasukan ke dalam formalin, ikan-ikan yang berukuran besar dengan panjang lebih dari 150 mm, sebaiknya dituris pada bagian perut sebelah kanan sepanjang kurang lebih 30mm. Ini bertujuan untuk bahan pengawet ( formalin) terserap ke dalam rongga otot, supaya organ-organ dalam usus tidak membusuk. Di dalam bahagian tubuh ikan, bahagian rongga perut merupakan bagian yang paling mudah membusuk. Bagian yang dituris perlulah pada bahagian kanan tubuh ikan, kerana bahagian kiri digunakan untuk melihat ciri-ciri morfologi ikan. jika ikan yang diawetkan cukup tebal, seperti ikan tongkol ( Euthynus sp), maka otot daging dikanan tulang kiri harus dituris.
3) Setelah ikan direndam dalam formalin selama lebih kurang satu minggu, cuci di dalam air atau direndam dalam air mengalir selama dua hari.
4) Ikan ikan yang telah dicuci ( dibersihkan dari formalin),dimasukkan dalam alkohol 70%. Jika ikan akan tetap disimpan dalam formalin, maka formalin harus diganti dalam masa tertentu.
5) Setiap spesimen ikan yang diawetkan harus disimpan dalam bekas yang dilabel.
Untuk menghilangkan bau formalin pada ikan y,ikan tersebut terlebih dahulu direndam selama beberapa minit dalam NaOHSO3 dan Na2SO3 dalam perbandingan 60 gram NaHSO3 dan 90 gram Na2SO3 untuk tiap satu liter air .
No comments:
Post a Comment