discover and learn...

we shall not cease from exploration
and the end of all our exploring
will be to arrive where we started
and know the place for the first time

Pengawetan




PROSES - PROSES PENGAWETAN
Terdapat 3 proses pengawetan dalam makmal sains.
a) Pengawetan Formalin

1. Untuk menghasilkan bahan awet yang baik,rongga dada dan rongga badan mamalia perlu di suntik dengan 75% ethanol dan di simpan dalam cairan tersebut.

2. Bagi spesimen yang kecil (100g ke atas) ,seluruh badan spesimen tersebut boleh di tenggelamkan dalam 10% of formalin(tisu:larutan formali,1:12).

3. Rongga badan boleh di isi dengan larutan formalin dengan menyuntiknya sehingga menjadi segah dan teguh.Larutan formalin juga perlu di suntik di bawah kulit,dalam rongga badan ,otot yang besar dan organ.

4. Bahagian mulut spesimen perlu sentiasa terbuka dengan kapas untuk pemeriksaan gigi.

5. Seluruh badan perlu di tenggelamkan dalam formalin dengan keadaan yang sepatutnya kerana kedudukan tersebut akan kekal kerana larutan formalin menyebabkan pengerasan terhadap spesimen.

6. Tisu bahagian badan perlu di tinggalkan di dalam buffered neutralized formalin dalam beberapa bulan.Namun,larutan formalin akan menyebabkan specimen menjadi keras.Oleh itu,untuk penyimpanan dalam jangka masa yang lama tisu tersebut perlu di pindahkan ke dalam alcohol.

b) Pengawetan alkohol

1. Selepas di ambil berat spesimen,seluruh badan spesimen boleh di awet di dalam bekas yang mengandungi alkohol (70%-90%)

2. Bahagian dalam badan seperti paru-paru perlu di asingkan.

c) Pengawetan Bulu dan rambut dalam lapangan.

1. Selepas membuang kulit daripada spesimen tersebut,daging spesimen perlu di buang tanpa merosakan kulit dengan akar rambut.

2. Kulit tersebut perlu di keringkan di bawah cahaya matahari.

3. Untuk mempercepatkan proses pengeringan,kulit tersebut perlu di letakkan garam dan akan membolehkan pengawetan untuk sementara.Bagi kawasan yang masih mempunyai daging,garam perlu di ratakan di kawasan tersebut dan di jemur sehingga kering.

4. Apabila kering,lipat kawasan sisi rerambut bersama.

No comments:

Post a Comment