discover and learn...

we shall not cease from exploration
and the end of all our exploring
will be to arrive where we started
and know the place for the first time

Peraturan Makmal

Peraturan makmal ialah satu senarai tentang apa yang pelajar patut patuhi semasa berada dan bekerja di dalam makmal Sains. Penerangan mengenai peraturan makmal sains akan dilakukan pada pertama kali pelajar menggunakan makmal. Senarai peraturan juga akan ditampal di tempat yang mudah dilihat oleh pelajar untuk mengingatkan pelajar tentang peraturan tersebut pada setiap masa

Berikut merupakan contoh peraturan makmal sains.

PERATURAN MAKMAL SAINS

1. Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan.  Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.

2. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi  dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.

3. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru. 

4. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.

5. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

6. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.

7. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan makmal.

8. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal.

9. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru.

10. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.

11. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.

12. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti  dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

13. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

14. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

15. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

16. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.

17. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.

18. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

untuk maklumat lebih lanjut: klik sini.

No comments:

Post a Comment