discover and learn...

we shall not cease from exploration
and the end of all our exploring
will be to arrive where we started
and know the place for the first time

Lawatan Fasa Ketiga ke Makmal Sains SK. Bahagia

Pada sesi lawatan kali ini, kami telah berusaha menyediakan beberapa simbol-simbol keselamatan untuk dilekatkan pada ruang atas dinding makmal ini. Simbol-simbol yang dibina ini adalah dalam bentuk 3D dan bersaiz lebih besar berbanding simbol-simbol asal yang terdapat di dalam makmal, agar mudah dilihat dan menarik perhatian sesiapa yang masuk ke dalam makmal kelak. Berikut merupakan beberapa gambar yang diambil semasa menyediakan simbol-simbol tersebut;

Bahan-bahan yang digunakan untuk membina simbol-simbol keselamatan serta bahan lain dalam makmal












Seterusnya, simbol-simbol yang telah dibina dilekatkan pada bahagian atas dinding makmal.



Berikut merupakan beberapa keping simbol yang telah siap dilekatkan pada bahagian atas dinding makmal.




Diharap agar simbol-simbol keselamatan yang dilekatkan ini akan membantu pelajar-pelajar dan guru-guru untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam makmal dari masa ke semasa. 

Lawatan Fasa Kedua ke Makmal Sains SK. Bahagia

Pada lawatan fasa kedua ke makmal sains Sk Bahagia, kami telah melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengemas makmal tersebut. Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat diambil semasa kerja-kerja pembersihan tersebut berlangsung;

Mengelap meja dan sinki

Mengemas laci dan almari

Mengemas almari

Membersihkan tingkap


Mengemas ruang perbincangan

Menyusun kerusi

Menyapu lantai

Mengelap almari

Membersihkan bahagian atas almari

Membersihkan ruang bahagian bawah almari

Mengemas bahan dan peralatan yang terdapat dalam makmal


Membersihkan papan tulis
Kerja-kerja perbersihan dan mengemas makmal membantu melancarkan tugas-tugas menceriakan makmal ini pada masa-masa akan datang kelak.

Pengurusan Makmal Sains

2. Peranan dan Tanggungjawab Kakitangan Makmal Sains

TEKNIK ASAS MAKMAL I & II


TEKNIK ASAS MAKMAL
Teknik-teknik asas merupakan kemahiran asas seorang guru Sains, terutamanya bagi guru Sains sekolah rendah yang tidak mempunyai pembantu makmal. Guru perlu membuat persediaan pengajaran dengan  menyediakan bahan dan radas yang diperlukannya sendiri. Berikut merupakan teknik-teknik asas makmal yang perlu dikuasai oleh seorang guru Sains.

Sumber Pengajaran Sains

Berikut ialah sumber pengajaran sains sekolah rendah yang boleh digunakan dan didapati secara online.

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

1.Living things
2. Materials
3. Physical Processes
4. Investigating Earth and Universe
5.Different types of microorganism
6. How birds take care of their young and eggs.
7. Acid, Alkali, Neutral
8.Constellation

Peraturan Makmal Sekolah

ini adalah peraturan yang dipamerkan di makmal sains sk.Bahagia.




1.Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran guru.

2.Murid dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal.

3.Murid dilarang menjalankan eksperimen tanpa kehadiran guru.

4.Sebarang alat atau bahan dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar dari makmal.

5.Murid perlu menjalankan eksperimen dengan berhati-hati.

6.Sisa-sisa eksperimen mestilah dibuang ke dalam tong sampah.

7.Dilarang membuang sisa-sisa sampah ke dalam singki.

8.Sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan atau kerosakan sila laporkan dengan segera kepada guru.

9. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.
10. Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi setiap masa.

11.Pastikan makmal sentiasa dalam keadaan bersih & kemas.

Pengurusan Makmal Sains

Sebelum membincangkan tentang Pengurusan Makmal Sains, kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan makmal sains. Menurut Poh Swee Hiang (2001), makmal sains biasanya merujuk kepada bilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains pada peringkat sekolah menengah, maktab (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru) dan universiti. Makmal sains biasanya mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau segiempat tepat yang disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini dipasang dengan punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan dengan bilik stor atau persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat dan bahan sains.
Walaubagaimanapun, bukan semua sekolah terutamanya sekolah rendah mempunyai makmal sains. Jika tidak ada makmal sains, dimanakah aktiviti P&P dijalankan di sekolah tersebut? Di sekolah rendah, terdapat bilik khas untuk P&P sains yang dipanggil bilik sains untuk menggantikan makmal sains.
Bilik sains ini mempunyai :
Ø  Meja guru yang sesuai digunakan untuk demonstrasi manakala meja murid pula sesuai untuk melakukan eksperimen.
Ø  Meja dan kerusi mudah alih agar ruang bilik sains dapat disesuaikan untuk P&P sains.
Ø  Bahagian belakang bilik sains – almari untuk simpan alat dan bahan sains yang tidak berisiko tinggi (cth: bikar plastik)
Ø  Sekitar bilik sains – poster, carta, model dan hasil kerja murid dipamerkan.
Ø  Terdapat sudut sains, sudut pameran, sudut bacaan.

Biasanya, terdapat hanya satu sahaja bilik sains yang disediakan di sekolah rendah. Jika bilik sains ini digunakan, dimanakah kelas lain menjalankan sesi P&P sains? Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan ‘bilik sains bergerak’, iaitu guru menggunakan troli, dulang atau kotak yang bersesuaian untuk membawa alat dan bahan sumber sains dari bilik sains ke bilik darjah yang lain supaya sesi P&P masih dapat dijalankan.

Kini anda telah mengetahui apa itu makmal sains, bilik sains dan bilik sains bergerak. Sekarang kita beralih pula kepada apakah yang perlu guru sains tahu mengenai pengurusan makmal sains. Terdapat 6 perkara yang perlu anda tahu dalam pengurusan makmal sains, iaitu:




 



[siti]






 

Pengawetan Basah

PENGAWETAN BASAH
Semua haiwan mesti dipengsankan dahulu sebelum dibunuh agar ianya dapat diawet dalam keadaan yang sempurna. Formalin dan etil alkohol(etanol) adalah pengawet dan penetap yang paling umum digunakan.Formalin komersial biasanya diperolehi sebagai 40% larutan formaldehid. Semua pencairan fomalin adalah disediakan dari bahan komersial 40% ini.

Formalin mengeraskan tisu dan menghasilkan kerapuhan jika dibandingkan dengan alkohol . Walaubagaimanapun ia adalah pengawet yang sesuai untuk pengawetan sementara terutama sekali dengan haiwan vetebrata . Semua spesimen yang diawet dalam formalin lambat laun akan menjadi keras dan rapuh jika tidak dipindahkan dalam pengawet dalam alkohol. Jika ini perlu dilakukan spesimen-spesimen boleh terlebih dahulu dibasuh bagi menghilangkan baunya.

Formalin adalah tidak sesuai untuk haiwan yang mempunyai kerangka kerana larutan komersil ini biasanya adalah berasid dan akan melembutkan bahagian rangka (calcareous) . Hal ini dapat diatasi dengan menuetralkan formalin tersebut. Formalin dapat mengawet warna spesimen-spesimen lebih lama lagi jika dibandingkan dengan alkohol sungguhpun memang diketahui tidak ada satu pun bahan pengawet yang dapat mengekalkan warna asal spesimen sampai bila-bila.




CONTOH PENGAWETAN BASAH (IKAN)



PENGAWETAN SPESIMEN IKAN

Suatu perkara yang perlu diperhatikan untuk pengawetan ikan ialah mengusahakan agar ikan tetap baik seperti keadaan sebelum diawetkan. Keadaan sisik-sisik dan sirip perlulah kelihatan seperti sedia kala serta badan ikan itu sendiri tidak berbengkak atau berkerut. Warna ikan juga dapat dikekalkan seperti keadaan sedia kala.

Berikut ini adalah kaedah pengawetan ikan:

1) Ikan yang akan diawetkan sebaiknya telah mati tapi masih segar, atau jika ikan yang akan digunakan masih hidup kita dapat bius dengan perendaman dengan air ais.

2) Sebelum dimasukan ke dalam formalin, ikan-ikan yang berukuran besar dengan panjang lebih dari 150 mm, sebaiknya dituris pada bagian  perut sebelah kanan sepanjang kurang lebih 30mm. Ini bertujuan untuk bahan pengawet ( formalin)  terserap ke dalam rongga otot, supaya organ-organ dalam usus tidak membusuk. Di dalam bahagian tubuh ikan, bahagian rongga perut merupakan bagian yang paling mudah membusuk. Bagian yang dituris perlulah pada bahagian kanan tubuh ikan, kerana bahagian kiri digunakan untuk melihat ciri-ciri morfologi ikan. jika ikan yang diawetkan cukup tebal, seperti ikan tongkol ( Euthynus sp), maka otot daging dikanan tulang kiri harus dituris.

3) Setelah ikan direndam dalam formalin selama lebih kurang satu minggu, cuci di dalam air  atau direndam dalam air mengalir selama  dua hari.

4) Ikan ikan yang telah dicuci ( dibersihkan dari formalin),dimasukkan dalam alkohol 70%. Jika ikan akan tetap disimpan dalam formalin, maka formalin harus diganti dalam masa tertentu.

5) Setiap spesimen ikan yang diawetkan harus disimpan dalam bekas yang dilabel.

Untuk menghilangkan bau formalin pada ikan y,ikan tersebut terlebih dahulu direndam selama beberapa minit dalam NaOHSO3 dan Na2SO3 dalam perbandingan 60 gram NaHSO3 dan 90 gram Na2SO3 untuk tiap satu liter air .

Pengawetan Kering



Pengawetan Kering

Satu cara pengawetan ialah pengawetan dalam bentuk penyediaan rangka haiwan (taksidermi ). Ia adalah satu kaedah yang mana tulang-tulang haiwan tersebut diproses untuk diawet dan dibentuk dalam kedudukan yang aslinya. Ianya sangat sesuai untuk dijadikan bahan bahan rujukan dan bahan pameran di sekolah.Berikut adalah senarai langkah-langkah yang diikuti untuk menyediakan rangka haiwan anda.

1. Matikan haiwan dengan menggunakan klorofom dalam bekas yang tertutup.

2. Buangkan kulit atau bulu pada haiwan tersebut.

3. Buangkan segala isi perut dan organ-organ dalam badan.

4. Selepas itu masukkan ke dalam air mendidih selama satu jam.

5. Keluarkan spesimen dan buangkan semua otot ( isi ) yang melekat pada tulang-tulang.

6. Kemudian rendamkan ke dalam amonium hidroksida ( pelarut lemah ) selama 24 jam.

7.Selepas itu rendamkan ke dalam larutan 5% hidrogen prosikda selama 8 jam untuk memutikkan tulang.

8. Lepas itu basuh dengan air dan keringkan di bawah cahaya lampu.

9. Apabila tulang-tulang telah kering cantumkan semula tulang-tulang yang tertanggal dan di samping membentuk kedudukan semulajadi haiwan tersebut.Rangka yang telah siap seeloknya dipaku atau dilekatkan pada pelantar agar mudah di alih dan di simpan.




Contoh Pengawetan Kering (Burung)



Spesimen yang telah di kumpul dan sedia untuk di awet perlulah menjalani proses pengumpulan data. Data yang di perlukan seperti tarikh penangkapan, lokasi, nama specimen dan jantina specimen. Untuk tujuan saintifik pula,warna burung,mata dan seluruh bahagian perlu di ambil data sebelum perubahan berlaku akibat pengawetan tersebut.

Terdapat beberapa kaedah dalam proses pengawetan spesimen burung yang perlu di ambil kira.Pertama ialah membuang bulu burung.Antara kaedah yang di perlukan ialah:

1. Sebelum proses pembuangan bulu dilakukan, struktur burung tersebut perlu di lukis untuk kajian lanjut.

2. Pemotongan pembukaan pada burung boleh di lakukan daripada titik terendah ‘sternum’ hingga ke ‘vent’.Untuk pemotongan yang kemas,pastikan bulu pelepah tidak menghalang kulit perut (bahagian yang perlu di potong) iaitu dari tulang dada hingga ke ‘vent’ dengan menggunakan skapel.Pastikan tisu dalaman organ tidak terpotong untuk pengelakkan pendarahan.

3. Kulit burung perlu di buang dari badan.Kulit tersebut perlu di kupas hingga ke lutut.

4. Sendi lutut juga perlu di pisahkan di antara tibia dan femur.Tarik keluar kaki tersebut dan buang daging di bahagian tersebut daripada tulang.Ulang untuk kaki sebelah.

5. Pembuangan kulit tersebut perlu di lakukan untuk keseluruhan badan burung.

6. Otot yang terdapat pada tulang specimen perlu di buang.

7. Tulang kepak yang terdapat pada burung perlu dibuang.

8. Seluruh bahan – bahan yang terdapat dalam kulit specimen perlu di bersihkan untuk penghasilan pengawetan kulit yang baik.

9. Selepas itu,plumage yang terdapat pada kulit tersebut perlu di bersihkan supaya pengawetan dapat bertahan dalam jangka masa yang lama.

10. Benzene dan acetone amat diperlukan untuk menghilangkan kesan lemak,minyak dan sebagainya.

11. Borax perlu di gunakan untuk direndam pada kulit untuk pembersihan terakhir.

12. Kulit tadi di terbalikkan sekali lagi dan tengkorak burung perlu di periksa.

13. 2 kapas bola di perlukan untuk menggatikan bebola mata.

14. Seluruh daging di bahagian kulit perlu di cat dengan sabun arsenil dan debu borax.

15. Wayar sepanjang 1.25 kali panjang specimen telah di potong untuk di rekaan bentuk konikal seperti badan sepesimen dengan kapas.

16. Rekaan badan tersebut telah di masukkan ke dalam kulit tersebut.

17. Selepas itu,kulit tersebut perlu di jahit dengan benang yang sesuai.

18. Perlu dipastikan bahawa bulu pelepah tidak tersangkut ketika proses menjahit.

19. Bebola kapas perlu di baringkan di belakang badan dengan baik dan rata.

20. Plumage perlu di susun dengan kemas bermula dari belakang badan , dada , leher dan perut specimen.

21. Kepak specimen perlu di lipat supaya ia kelihatan semulajadi semasa di baringkan.

22. Bungkus specimen tersebut dengan kapas.
23. Spesimen perlu di letakkan pada rak yang telah di sediakan untuk penyimpanan.


Gambar di atas merupakan salah satu contoh burung yang diawet menggunakan pengawetan kering.